Selesai Tunai Tanggungjawab


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini aku telah tunaikan satu kewajipan kepada negara iaitu memilih pemimpin. Tentunya aku sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama aku mengundi. Tambahan pula aku sudah lama mengikuti perkembangan politik negara sejak dari sekolah menengah lagi, jadi peluang untuk mengundi memang tak akan aku lepaskan.

Hari ini , awal pagi lagi aku sudah bangun, kemudian bersiap-siap ke pusat mengundi. Aku pergi bersama ayah aku , tetapi hanya aku sahaj yang mengundi sebab ayah aku telah mengundi awal. Beliau adalah seorang polis. Aku tak suka pergi di waktu-waktu akhir dan juga di waktu-waktu panas terik. Jadi , waktu pagi adalah waktu paling sesuai.

Apa yang menarik adalah , saluran aku mengundi tidak ramai orang. Hanya beberapa minit sahaja beraur kemudian sudah boleh masuk untuk mengundi. Berbeza dengan saluran lain, barisan yang panjang dan terpaksa beratur di kawasan terbuka yang panas. 

......................................................................................

Aku harap supaya pemimpin yang dipilih kelak dapat menunaikan tanggunjawab mereka sebab mereka telah diberi amanah untuk menjadi pemimpin maka jadilah pemimpin sebaiknya. Tak kisa hmana-mana pihak yang menang , jadilah pemimpin bijak.

Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post