Selesai Sudah Bulan Dato Seri Siti Nurhaliza


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah , sepanjang bulan April yang lalu, setiap hari pastinya akan ada satu entri berkenaan figura terkenal Malaysia iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza. Ianya adalah bersempena dengan bulan bermulanya kerjaya seni beliau. Sehingga kini, sudah hampir 22 tahun kerjaya beliau. Bermula pada April 1996 sehinggalah sekarang, banyak jasa dan sumbangan beliau terhadap industri seni negara.



Jadi , sebagai salah seorang peminat tegar beliau , aku menajdikan bulan April sebagai bulan beliau dengan menyediakan satu slot entri untuk kisah beliau di dalam blog ini setiap hari. Jika anda lihat setiap hari pada bulan April pasti akan ada kisah beliau sama ada kisah Album ataupun Konsert.

Beliau merupakan artis yang paling berjaya di Malaysia apabila berjaya mengadakan lebih 30 buah konsert. Selain itu , beliau juga pemegang rekod bagi Artis Paling banyak memenangi anugerah. Setiap tahun pastinya beliau akan mendapat beberapa anugerah daripada anugerah-anugerah yang dijalankan seperti Anugerah Industri Muzik dan lain-lain.

Tetapi rasanya anugerah paling bernilai sudah tentunya anugerah cahayamata yang telah dikurniakan pada tahun ini. Semoga kehidupan beliau bertambah gembira selepas ini.

Sekian.

6 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Soalan saya pada album Tahajjud Cinta belum terjawab lagi, tapi saya rasa dah dapat agak jawapannya. Kalau dah peminat tegar, kan? Hehe.

    ReplyDelete
  2. perasan jugak tiap2 hari update. Nice sharing :D

    ReplyDelete
  3. Artis paling disukai ramai.. Walaupun saya bukan peminat tegar beliau tapi saya menyukai keperibadian dan lagu-lagu beliau..

    ReplyDelete
  4. Walaupun saya bukan peminat tegar beliau tapi saya suka keperibadian beliau yang baik dan nampak lembut je orangnya.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post