PRU 9 : 1995 : Barisan Nasional Kukuhkan Cengkaman



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 merupakan pilihan raya umum yang ke-9 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang keempat sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri.

Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.

Keputusan Pilihan Raya



Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir.

Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Sumber : Wikipedia

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post