PRU 5 : 1978 : PAS tinggalkan BN



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 yang merupakan pilihan raya umum ke-5 di Malaysia diadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggal parti campuran Barisan Nasional untuk bertanding sebagai parti pembangkang.



Keputusan Pilihan Raya

Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional.



Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Sekian

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Jatuh bangun parti itu biasa. Kerajaan dan Pembangkang yang kuat akan menjadikan negara lebih matang apabila semua ahli politik dan rakyat mengamalkan politik matang. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. selain mempunyai kerajaan yg kuat, pembangkang yg kuat juga dapat menjadikan negara yang lebih maju.

      Delete
  2. Adakala perubahan perlu dibuat demi kesejahteraan rakyat dan semua.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post